Follow by Email

Rabu, 29 Februari 2012

TEPUNG KEK PISANG KUKUS

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Dalam satu bekas, campurkan  gula(pek B ) dan telur.Gaul rata. Masukkan pisang yang dilenyek,kacau lagi.
2. Kemudian masukkan tepung Kek Pisang (pek A) sedikit demi sedikit sehingga habis , sambil di gaul rata.
3. Akhir sekali tuangkan minyak dan secubit garam .Kacau sehingga betul-betul sebati , tidak berbentel-bentel dan minyak tidak lagi kelihatan dipermukaan adunan .
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit minyak dan dialas kertas.
5. Kukus selama 1 jam @ hingga masak.

TIPS:-

· Balut tudung pengukus menggunakan kain.
· Pastikan air didalam periuk pengukus mendidih sebelum meletakkan loyang berisi adunan kek.
· Gunakan api sederhana kecil dan jangan buka tudung pengukus sebelum cukup tempoh.
· Untuk lebih mudah, boleh juga menggunakan bekas plastik yang bertutup untuk mengukus adunan kek.
· Cucuk kek dengan lidi untuk menguji kek telah masak atau tidak, jika tiada adunan yang melekat bermakna kek telah cukup masak.
· Untuk mendapatkan kek yang lebih menarik dan beraroma  ,boleh juga ditambahkan sedikit pewarna kuning dan esen pisang kedalam adunan .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SELAMAT MENCUBA