Follow by Email

Rabu, 29 Februari 2012

TEPUNG KEK COKLAT KUKUS

CARA-CARA PENYEDIAAN:
ADUNAN KEK
1. Telur (dipukul sedikit dgn senduk/sudu),susu pekat dan minyak digaul dalam satu bekas.
2. Tuangkan air panas dan kacau lagi.
3. Masukkan bahan ‘A’ dan digaul sehingga betul-betul sebati.
4. Isikan adunan ke dalam loyang yang  telah digris dengan sedikit minyak dan di alas kertas.
5. Kukus adunan selama 1jam 15minit .
6. Setelah cukup tempoh , angkat dan terbalikkan adunan.Buangkan kertas alas perlahan-lahan.Sedia untuk dihias.
TOPING
Bahan-bahan
PEK ‘B’ 1/4 Cawan Air
1/2 Cawan Susu Pekat 3 Sudu Besar Minyak Makan
· Campurkan  kesemua bahan di dalam periuk dan didihkan sehingga mendapat kepekatan yang diinginkan.Boleh tambah sedikit gula jika mahu lebih        manis.Kacau selalu supaya tidak hangus/berkerak.
Angkat dan biarkan suam sebelum dituangkan ke atas kek yang telah dikukus

TEPUNG KEK PISANG KUKUS

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Dalam satu bekas, campurkan  gula(pek B ) dan telur.Gaul rata. Masukkan pisang yang dilenyek,kacau lagi.
2. Kemudian masukkan tepung Kek Pisang (pek A) sedikit demi sedikit sehingga habis , sambil di gaul rata.
3. Akhir sekali tuangkan minyak dan secubit garam .Kacau sehingga betul-betul sebati , tidak berbentel-bentel dan minyak tidak lagi kelihatan dipermukaan adunan .
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit minyak dan dialas kertas.
5. Kukus selama 1 jam @ hingga masak.

TIPS:-

· Balut tudung pengukus menggunakan kain.
· Pastikan air didalam periuk pengukus mendidih sebelum meletakkan loyang berisi adunan kek.
· Gunakan api sederhana kecil dan jangan buka tudung pengukus sebelum cukup tempoh.
· Untuk lebih mudah, boleh juga menggunakan bekas plastik yang bertutup untuk mengukus adunan kek.
· Cucuk kek dengan lidi untuk menguji kek telah masak atau tidak, jika tiada adunan yang melekat bermakna kek telah cukup masak.
· Untuk mendapatkan kek yang lebih menarik dan beraroma  ,boleh juga ditambahkan sedikit pewarna kuning dan esen pisang kedalam adunan .



TEPUNG BROWNIES

BROWNIES


CARA-CARA PENYEDIAAN :
(LOYANG 9” x 6”)
1. Campurkan Pek B (gula) ,mentega, telur dan esen vanilla. Gaul rata.
2. Masukkan tepung Brownies (pek A) sedikit demi sedikit sehingga habis , sambil di gaul rata. Pastikan ia tidak berbentel dan berketul-ketul.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit minyak dan dialas kertas.
4. Bakar pada suhu 160’c ,selama 25-30 minit @ sehingga masak.(Bergantung pada oven masing-masing).
Tips/Cadangan hiasan.
· Boleh campurkan  kekacang atau ditabur coklat chip diatas adunan sebelum dibakar.
· Atau tuangkan toping (coklat cair)keatas kek setelah kek sejuk dan taburkan coklat rice.
Untuk mendapat Brownies yang lebih sedap, simpan ke dalam peti sejuk semalaman barulah dipotong dan dihias


Selamat mencuba.